KUALA LUMPUR, 13 FEB:Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau terkejut dan tertanya-tanya mengapa Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan minat terhadap projek solar hibrid serta kaitan dan kepentingan isteri bekas perdana menteri itu dengan projek tersebut.